My Add

Wednesday 21 March 2012

Warga emas dakwa dilayan seperti pendatang

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Tangisan Mohd. Donia Hanafi, 62, setiap kali diajak berbual mengenai projek Ladang Rakyat jelas menggambarkan betapa terluka hati warga tua itu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan.

Masakan tidak, akibat tindakan kerajaan negeri memajakkan tanah di Kampung Lepar Jaya, Gua Musang kepada sebuah syarikat bukan bumiputera demi menjayakan Ladang Rakyat, menyebabkan kehidupannya berubah sama sekali.

Pada usia emasnya, Mohd. Donia bersama beberapa penduduk 'dihalau' keluar dari rumah dan tanah yang sekian lama didiami. Kini, beliau terpaksa menghabiskan sisa-sisa tua di atas bukit di Kampung Kuala Betis, Gua Musang.

Malah, ketika warga emas lain menghabiskan sisa tua ditemani cucu masing-masing, beliau terpaksa mengerah tulang empat kerat bagi membina bangsal sementara, sebagai tempat berlindung kepada isteri dan dua anak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment