My Add

Wednesday 21 March 2012

Selesaikan segera siasatan MyCC

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mahu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mempercepatkan siasatan berkenaan perjanjian pertukaran saham antara Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) demi kepentingan pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana isu pertukaran saham itu telah menjadi kepentingan awam dan turut diperdebatkan di kalangan ahli Parlimen dalam persidangan Dewan Rakyat.

Katanya, siasatan itu perlu diselesaikan segera demi menjamin hak serta kepentingan pengguna di segi tambang dan perkhidmatan penerbangan kedua-dua syarikat tersebut supaya sentiasa terjamin.

“MyCC merupakan satu badan bebas dan tidak boleh menerima tekanan daripada mana-mana pihak.

“Namun MyCC perlu mengambil kira faktor ia kini menjadi kepentingan awam dan perlu mempercepatkan siasatan serta keputusan,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment