My Add

Sunday 11 March 2012

Siri jelajah kumpul idea tambah baik sistem pendidikan

ALOR GAJAH, AHAD, 11 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan siri jelajah bagi mengumpul idea dan cadangan berhubung penambahbaikan sistem pendidikan negara.

Untuk itu, kementerian akan berdialog dengan semua pihak yang berkaitan dalam bidang pendidikan seperti guru, alumni, PIBG serta ibu bapa, dan mereka dialu-alukan memberi pandangan kata, beliau.

"Antara perkara yang agak utama yang kita akan tumpukan ialah bagaimana peranan masyarakat untuk mendokong institusi pendidikan kita.

"Sebab itulah usaha yang kita adakan pada hari ini (golf amal) ialah satu inisiatif dengan sumbangan ibu bapa dan alumni, maka sekolah kita akan mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berucap pada majlis Golf Amal 1Malaysia Alumni dan PIBG Sekolah Tinggi Muar yang diadakan di sini, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Muhyiddin berkata, penambahbaikan sistem pendidikan negara bukan kerana sistem sedia ada tidak berkualiti, tetapi ia bertujuan menjadikan masa depan negara lebih terjamin dengan melahirkan modal insan berkualiti. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment