My Add

Tuesday 6 March 2012

Sistem pembangunan bandar raya rendah karbon diwujudkan

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia telah membangunkan dua sistem bagi memudahkan pembangunan bandar raya rendah karbon di negara ini.

Setiausaha Kanan Bahagian Sektor Teknologi Hijau kementerian, Rosli Abdullah berkata, yang pertama iaitu Kerangka Kerja Bandar Raya Rendah Karbon (LCCF) bertindak sebagai panduan untuk digunakan di kawasan penting yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

"Maklumat ini membolehkan pengguna mengenal pasti kawasan yang boleh disasarkan untuk pengurangan karbon secara menyeluruh,” katanya pada bengkel bandar raya rendah karbon APEC yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee.

Rosli berkata, yang kedua ialah sistem penilaian bandar raya rendah karbon yang merupakan kalkulator karbon dalam binaan yang membantu pengguna menentukan garis dasar semasa dengan mengaplikasi pelbagai strategi yang disyorkan dalam kerangka kerja bagi mencapai tahap pengurangan.

"Kalkulator itu kemudian akan digunakan lagi bagi menilai semula tahap pelepasan karbon untuk melihat jika pengguna telah mendapatkan tahap pengurangan yang baik,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment