My Add

Tuesday 13 March 2012

Tiada rancangan wujud undang-undang kebebasan maklumat

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak berhasrat untuk menggubal Akta Kebebasan Maklumat kerana perkara yang berkaitan dengannya sudah sedia disyaratkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kebebasan bersuara dan kebebasan asasi serta Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Keterangan 1950 dan laporan audit, sudah termaktub dalam Perlembagaan.

"Maka kementerian hanya memfokuskan pada kemudahan pengaliran maklumat menggunakan saluran media baru seperti Internet sebagai landasan untuk penyaluran dan perkongsian maklumat di kalangan orang ramai melalui peningkatan keupayaan rangkaian komunikasi berbanding penggubalan akta baru," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment