My Add

Friday 23 March 2012

Tidak perlu desak Shahrizat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO tidak perlu timbul.

"Beliau dipilih menjadi Ketua Wanita UMNO, jadi kenapa perkara seperti ini (desakan meletak jawatan) perlu timbul," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang mendesak Shahrizat melepaskan jawatan itu "demi menjaga kredibiliti parti, pergerakan Wanita, Barisan Nasional dan kerajaan".

Tengku Adnan menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai bersifat peribadi.

"Sepatutnya tidak perlu kenyataan sedemikian kerana perkara itu telah dibincangkan sebelum ini yang mana Datuk Seri Shahrizat akan terus menjadi Ketua Wanita hingga penggal akan datang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment