My Add

Saturday 24 March 2012

Tiga sindiket teksi warga asing ditumpaskan

CHE Hasni Che Ahmad menunjukan kunci dan risalah yang dirampas daripada sindiket pengangkutan awam darat tanpa lesen warga asing yang ditumpaskan oleh SPAD baru-baru ini, di pejabatnya di Subang semalam.

SUBANG, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Tiga sindiket pengangkutan awam darat tanpa lesen yang melibatkan warga asing di sekitar Lembah Klang berjaya ditumpaskan sepanjang minggu ini oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, sindiket yang melibatkan warga asing dari Asia barat itu beroperasi dengan mengambil pelancong asing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Kuala Lumpur untuk dibawa melawat di sekitar Lembah Klang.

Katanya, tambang yang dikenakan juga mahal dan semalam pihaknya berjaya menangkap satu sindiket yang mengenakan bayaran sebanyak US$200 dolar (RM615) bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment