*Pesawat tentera udara terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang Halim Perdana Kusuma, Jakarta, Indonesia hari ini. - Foto EPA
Pesawat milik tentera udara Indonesia terhempas di kawasan perumahan. – Foto ihsan Metro TV
JAKARTA, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Sebuah pesawat tentera udara yang terhempas di kompleks perumahan tentera di Jakarta hari ini mengorbankan kesemua tujuh anak kapal dan dua kanak-kanak serta seorang dewasa.Pesawat turbo Fokker 27 milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU) itu terputus dua apabila terhempas di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Halim Kusuma ketika menjalani latihan rutin.
"Kesemua tujuh anak kapal dan tiga orang awam di tanah terbunuh," kata jurucakap TNI-AU, Kolonel Agung Sasongko Jati kepada media. "Pesawat terputusa dua."
Tiga orang awam yang terbunuh ialah dua sepupu berusia dua dan enam tahun dan seorang dewasa.
Ibu kanak-kanak berusia enam tahun dilapor dalam keadaan kritikal. Tiada mangsa lain dilaporkan setakat ini. - AFP
No comments:
Post a Comment