KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Selepas bertahan selama 191 minggu sebagai pemain nombor satu dunia akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa melepaskan kedudukan itu kepada seteru utamanya, Lin Dan beberapa minggu sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik London.
Dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan hari ini, jaguh China itu melonjak ke tangga teratas selepas mengumpul 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.
Kecederaan yang membelengu pemain berusia 29 tahun sehingga tidak dapat beraksi pada Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu membuka laluan kepada Lin Dan untuk kembali merampas kedudukan.
Dua lagi jaguh China, Chen Long dan Chen Jin kekal di tangga ketiga dan keempat.
Kejatuhan kedudukan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Chong Wei di Olimpik London kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking pada 3 Mei, 2012. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment