My Add

Thursday 7 June 2012

22 kenyataan kes anggota polis dirempuh dirakam

KLANG, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Polis sehingga kini telah merakamkan 22 kenyataan berhubung kejadian anggota polis trafik cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop berkata, kenyataan itu dirakamkan daripada individu berumur antara 16 dan 20 tahun yang terlibat dalam perlumbaan motosikal. Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu,

Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang sedang menjalankan operasi mencegah lumba haram, dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng motosikal terbabit menyebabkan beliau cedera di bahagian belakang kepala akibat hentakan kuat.

"Gerakan memburu suspek sedang dipergiat dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan cedera parah," kata Mohamad kepada pemberita. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment