My Add

Sunday 24 June 2012

3 badan tolak tubuh Akademi Undang-Undang

KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Jun, 201: Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Bela Sarawak dan Persatuan Undang-Undang menolak penubuhan Akademi Undang-Undang di bawah akta di negara ini yang disifatkan sebagai serangan terhadap prinsip keadilan di negara ini.

Bagaimanapun, ketiga-tiga badan berkenaan tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya akademi berkenaan ditubuhkan seperti persatuan-persatuan lain di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, penubuhan akademi itu juga bukan keperluan sama ada daripada para peguam, ahli akademik atau bekas hakim.

"Jadi, kami meminta kerajaan mempertimbangkan semula penubuhan Akademi Undang-Undang itu melalui saluran perundangan kerana tiada keperluan untuk itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Chee Wee, asas kerajaan dalam menubuhkan akademi berkenaan masih menjadi persoalan selain khuatir peranan akademi itu akan bertindih dengan peranan Majlis Peguam selama ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment