My Add

Tuesday 19 June 2012

58 lagi masih hilang bot karam di timur Indonesia

JAKARTA, SELASA, 19 Jun, 2012: Seramai 58 orang lagi masih hilang selepas dua hari tragedi bot kayu karam di timur Indonesia susulan semakan semula jumlah penumpang yang berada di atas kapal ketika nahas. 

Pegawai pasukan mencari dan menyelamat, Rebekka Gultom, berkata maklumat terkini mendapati bot itu membawa 70 penumpang ketika karam dengan 12 orang berjaya diselamatkan manakala 58 lagi masih hilang.

Gultom berkata jumlah mangsa yang terbabit termasuk anak kapal berkenaan.
Ahad lalu, pegawai menyelamat berkata, hanya 27 penumpang berada di atas kapal manakala 12 yang lain sudah diselamatkan. - AFP

No comments:

Post a Comment