My Add

Thursday, 21 June 2012

Adam Adli dapat kebenaran mahkamah cabar keputusan universiti

 
KUALA LUMPUR. KHAMIS, 21 Jun, 2012: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan universiti itu menggantungnya kerana dikatakan melanggar peraturan universiti. 

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim meluluskan permohonan Adam Adli itu bagi penyemakan penghakiman selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kamarnya.

Peguam kepada Adam Adli, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu pemberita bahawa hakim memberi kebenaran itu atas alasan permohonan berasaskan merit dan bukan dibuat secara suka-suka.

Peguam itu berkata, mahkamah akan menetapkan kemudian tarikh pendengaran bagi permohonan penyemakan sepatutnya penghakiman tersebut. 

Pada 17 April, Adam Adli, 23, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan dengan menamakan universiti itu, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai respondan. 

Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasa rayuan pada 8 Mac yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya. 

Pada 9 Januari lalu, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tiga semester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.

Dalam permohonannya itu, Adam Adli berkata, dia didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment