My Add

Monday 18 June 2012

Agong terima kunjungan delegasi Fiqh Mentaati Pemimpin


*YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan bersalaman dengan Imam Masjid Al-Aqsa yang juga bekas Mufti Palestin, Sheikh Akrama S A Sabri (kiri) ketika menerima kunjungan delegasi Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Istana Negara, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menerima kunjungan delegasi Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin, di Istana Negara di sini. 

Tuanku Abdul Halim meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama delegasi 13 orang itu di bilik Seri Temenggung.
Delegasi itu diketuai penasihat agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin.

Antara ulama dan tokoh ilmuan yang hadir adalah bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Prof Dr Hamed Mohamed Abdel Rahman, bekas Timbalan Syeikhul Azhar, Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour dan Imam Masjid Al-Aqsa yang juga bekas Mufti Palestin, Sheikh Akrama S A Sabri. 

Semua ulama dan tokoh ilmuan berkenaan berada di Malaysia sempena seminar antarabangsa itu yang diadakan selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berakhir semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment