*NAJIB Tun Razak menerima surat cara pelantikan selepas Ali Hamsa (kiri) menandatanganinya dan menerima pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Negara pada majlis Penyerahan Surat Cara Pelantikan dan Penyerahan Nota Tugas di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA |
Menurut beliau, ia selaras dengan usaha kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui transformasi negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.
Jelasnya, usaha tersebut bersandarkan kepada Dasar Transformasi Nasional yang bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) diikuti Program Transformasi Luar Bandar (RTP).
"Saya ingin merafak sembah setinggi-tinggi junjungan kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong melantik saya sebagai KSN berkuatkuasa 24 Jun ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan dan keyakinan beliau dalam memberikan peluang kepada saya untuk menerajui perkhidmatan awam.
"Saya akan teruskan apa yang ada. Namun, kalau bercakap soal cabaran, saya rasa sebenarnya untuk pegawai kerajaan, kita dalam meningkatkan pencapaian pelaksanaan semua dasar, program dan projek kerajaan. Kita akan terus berusaha meningkatkan pelaksanaan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat cara pelantikan dan penyerahan nota serah tugas KSN oleh Perdana Menteri di bangunan Parlimen hari ini.
Ali berkata, penjawat awam mempunyai tanggungjawab tinggi dan produktiviti mereka harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Ujarnya, di samping pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berhasrat untuk turun padang dan mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak bermula dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), media, industri, pertubuhan bukan kerajaan dan pegawai kerajaan pelbagai lapisan.
"Ini penting bagi memastikan pandangan mereka diperoleh dalam membantu saya untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha awal ke arah transformasi perkhidmatan awam sebagai KSN. Saya juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam.
"Ini bagi memastikan transformasi kepimpinan perkhidmatan awam yang berupaya menyeimbangkan kepentingan politik dan pentadbiran, memperkasa modal insan perkhidmatan awam terutama kumpulan kakitangan sokongan dan profesional serta mengutamakan kebajikan penjawat awam," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment