My Add

Wednesday 20 June 2012

Bahayakan penduduk

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAILPULAU PINANG, SELASA, 19 Jun, 2012: Kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada dua syarikat pemaju swasta bagi melaksanakan projek pembangunan kediaman mewah di lereng bukit di Sungai Ara dikhuatiri akan mengubah landskap alam sekitar dan mengancam nyawa penduduk.

Ketua Biro Kerajaan Tempatan Gerakan, Teh Leong Meng berkata, perkara itu boleh berlaku kerana berdasarkan maklumat, kawasan tanah di lereng bukit seluas 32.7 hektar itu akan 'dimusnahkan' bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek yang dimaksudkan.

"Kesan sampingan yang bakal berlaku seperti tanah runtuh dan kemungkinan berulang tragedi Highland Towers, Kuala Lumpur.

"Projek ini mendedahkan penduduk kepada risiko jangka panjang, kawasannya curam dan kelulusan yang diberikan telah menimbulkan persoalan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment