My Add

Friday 8 June 2012

Beku PTPTN uji kemampuan sebenar PKR Selangor

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan sementara pinjaman kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah untuk menguji kemampuan sebenar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam isu pemberian pendidikan percuma.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu juga adil bagi memastikan tidak berlaku pertindihan pemberian pinjaman atau kewangan kepada pelajar oleh PTPTN atau kerajaan negeri.

“Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu semak adakah benar kerajaan negeri mahu hapuskan atau pelajar sendiri berpendapat ia tidak boleh dihapuskan kerana tanpa pinjaman PTPTN, mereka tak boleh belajar, itu tujuannya.

“Lain-lain kolej dan universiti tak berbangkit. Sebab itu mungkin beliau nak periksa betul-betul, kalau akhirnya pelajar perlu PTPTN, bermakna saranan PKR atau pembangkang untuk hapuskannya adalah tidak sepatutnya dan tidak mengambil kira kepentingan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Projek Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan (Puncak) Peringkat Parlimen Gombak di Taman Melawati dekat sini hari ini.

Muhyiddin menegaskan, pemberhentian pinjaman PTPTN tidak pernah berlaku kepada para pelajar yang layak sejak ia ditubuhkan, tetapi dalam kes ini ia merupakan reaksi perbadanan itu terhadap kenyataan PKR Selangor yang beria-ia mahu memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Justeru kata beliau, PKR Selangor dan pakatan pembangkang secara amnya tidak boleh menyalahkan PTPTN, Kementerian Pengajian Tinggi atau kerajaan Persekutuan dalam hal itu kerana ia berlaku berdasarkan komitmen kerajaan negeri sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment