My Add

Thursday 14 June 2012

Belia minat jadi pemandu lori, bas berpeluang terima pinjaman

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Kementerian Pengangkutan sedang menimbangkan program untuk memberi peluang mikrokredit kepada golongan belia yang berminat menjadi pemandu lori atau bas. 

Menteri berkenaan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, melalui program itu, permohonan lesen memandu kelas E dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) adalah melalui institusi kewangan, manakala kerajaan akan menjadi penjamin.

"Program ini merupakan satu inisiatif serampang dua mata, di mana ia akan membantu pengusaha lori serta bas mengatasi masalah kekurangan pemandu dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, setiap pemohon yang berjaya akan diberi pinjaman sebanyak RM1,000 hingga RM1,5000. 
a
"Pihak institusi kewangan akan terus menyalurkan peruntukan tersebut kepada sekolah memandu yang dikenal pasti dan bayaran balik mikrokredit ini akan dimulakan sebaik sahaja mereka memperoleh pekerjaan," katanya. 

Kong berkata, kementerian itu juga sedang menyelaraskan tarikh tamat tempoh GDL dengan tarikh lahir, sama seperti yang dilaksanakan untuk lesen memandu individu. 

"Langkah ini untuk memastikan pemandu-pemandu kenderaan barangan tidak lupa untuk memperbaharui GDL mereka," katanya. - BERNAMAA

No comments:

Post a Comment