My Add

Thursday 21 June 2012

Bergelut 10 minit selamat isteri

*EMBOL Asum menutup wajah isterinya Siah Munsong ketika menaiki perahu panjang untuk membawa balik mayat ke Rumah Panjang Sungai Anak di Pangkala Roban, Saratok, Sarawak, semalam. - UTUSAN/Amir Hafiz Abd Rahman

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
SARATOK, RABU, 20 Jun. Seorang suami sanggup bertarung nyawa apabila bergelut dengan seekor buaya demi menyelamatkan isterinya semasa wanita itu dibaham reptilia sepanjang lima meter tersebut di Kuala Sungai Anak, Roban, semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang di pangkalan perahu Rumah Panjang Nanga Sungai Anak di sini, Embol Asum, 48, memeluk leher reptilia itu selama 10 minit dan cuba membuka rahang haiwan tersebut sebagai ikhtiar terakhir supaya isterinya, Siah Munsong, 42, dilepaskan.

Pada masa sama, empat penduduk kampung turut membantu menarik badan Siah yang digigit pada bahagian betis dan paha. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment