My Add

Thursday, 21 June 2012

Boon Heong tidak letak sasaran tinggi di Olimpik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Pemain beregu utama negara Tan Boon Heong tidak mahu meletakkan sasaran tinggi pada Sukan Olimpik London bulan depan, kerana akur dengan prestasi mereka yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Boon Heong, bagaimanapun berkata beliau dan pasangannya Koo Kien Keat telah menunjukkan peningkatan dalam tiga kejohanan Siri Super Terbuka yang diadakan tahun ini.

"Ketika beraksi di Terbuka Indonesia minggu lepas telah menambahkan lagi keyakinan untuk ke Olimpik dan berharap prestasi kami akan lebih baik ketika beraksi di London nanti," katanya kepada Bernama.

Beregu utama negara itu mula menunjukkan peningkatan apabila mara ke peringkat suku akhir Siri Super Terbuka India, johan GP Emas Terbuka Malaysia dan layak ke separuh akhir Siri Super Premier Terbuka Indonesia.

Boon Heong, 25, berkata dengan menyertai kejohanan siri terbuka telah memberi mereka peluang mendapatkan keserasian yang lebih baik sebelum beraksi di Sukan Olimpik.

"Masa pun suntuk, kalau nak perbaiki kelemahan pun sudah tidak cukup masa, cuma keyakinan diri kena lebih kuat untuk beraksi di London nanti.

"Dengan siapa kami lawan...sama saja, lawan tetap lawan, yang penting kena hargai peluang ini, bukan senang untuk beraksi di Olimpik," kata atlet yang berasal dari Kedah itu.

Sukan Olimpik London merupakan penampilan kedua beregu nombor lapan dunia itu selepas di Beijing, China pada 2008. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment