My Add

Wednesday 20 June 2012

China pertahan sekatan terhadap eksport nadir bumi

MELBOURNE, RABU, 20 Jun, 2012: China mempertahan sekatannya ke atas perlombongan dan eksport nadir bumi selepas bantahan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang diusulkan oleh Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun, demikian menurut laporan Australian Associated Press (AAP). 

Kerajaan China berkata, kawalannya bertujuan melindungi alam sekitar dan mengekalkan sumber-sumber yang semakin berkurangan dan ini sejajar dengan komitmen perdagangan bebas WTOnya.

China menyumbang sebahagian besar pengeluaran nadir bumi dunia, yang digunakan dalam telefon mudah aih dan produk berteknologi tinggi lain.

Pengeluar dunia cemas apabila China mengumumkan ia akan mengehadkan eksport di samping juga membina industrinya sendiri untuk mengeluarkan produk yang menggunakan nadir bumi. 

"Semua langkah yang diambil oleh kerajaan bertujuan melindungi sumber dan alam sekitar. 

"Ini adalah sejajar dengan amalan antarabangsa dan peaturan-peraturan WTO yang berkaitan," kata kerajaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama satu laporan mengenai dasar-dasar nadir buminya. 

AS, Kesatuan Eropah dan Jepun mengemukakan aduan kepada WTO pada Mac dan mendakwa China mengehadkan eksport nadir buminya. 
AAP berkata China menguasai lebih daripada 90 peratus pengeluaran 17 galian nadir bumi yang digunakan untuk membuat barangan termasuk kereta hibrid, senjata, TV skrin datar, telefon bimbit dan kanta kamera. 

Negara itu telah mengurangkan kuota eksport ketika ia cuba membina industrinya sendiri untuk mengeluarkan besi berani ringan dan produk-produk lain yang dibuat dengan nadir bumi. 

AS, Kanada, Australia dan negara-negara lain juga mempunyai nadir bumi tetapi kebanyakan perlombongan dihentikan pada 1990-an apabila bijih dari China yang lebih rendah kosnya memasuki pasaran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment