My Add

Wednesday 20 June 2012

9 sekeluarga nyaris rentung

*RUMAH keluarga Latif hangus
dijilat api awal pagi in
i 
MOHD ISKANDAR OTHMAN
GEORGETOWN, RABU, 20 Jun, 2012: Sembilan sekeluarga di Jalan Larut di sini nyaris rentung apabila rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran awal pagi hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan keluarga Latif Mydin, 50, tinggal sehelai sepinggang selepas kesemua barangan termasuk dokumen penting hangus.

Latif berkata,ketika kejadian semua ahli keluarga sedang nyenayk tidur di bilik masing-masing dan beliau hanya menyedari kejadian itu apabila terhidu bau asap.

“Apabila melihat asap tebal dan api marak saya terus menjerit dan mengarahkan semua keluar menyelamatkan diri.

“Api merebak begitu pantas dan kami tak sempat ambil apa-apa pun,” katanya kepada media ketika ditemui ditempat kejadian.

Dalam pada itu, Latif memberitahu, tiga buah motosikalnya juga hangus dalam kebakaran berkenaan.

Sementara itu,Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima maklumat orang ramai dan bergegas ke tempat kejadian itu dalam tempoh empat minit.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak kerana struktur rumah itu diperbuat daripada kayu.

“Bagaimanapun, kami berjaya mengawal kebakaran itu dalam tempoh 10 minit dan memadam keseluruhan api dalam masa setengah jam. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment