My Add

Monday 25 June 2012

DAP gagal jaga kepentingan Melayu Pulau Pinang

PULAU PINANG, AHAD 24 JUN, 2012: Sikap lepas tangan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap hal ehwal agama Islam di negeri ini menyebabkan umat Islam menghadapi pelbagai kesukaran dalam menjalankan urusan mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar)berkata, masalah terbaru membabitkan 300 peguam syariah di negeri ini yang terpaksa menjalankan amalan guaman syariah tanpa tauliah Majlis Agama Pulau Pinang (MAIPP) merupakan bukti kegagalan DAP menjaga kepentingan orang Melayu.

"Isu membabitkan hal ehwal agama Islam di negeri ini semakin parah dan kesannya terpaksa ditanggung orang Melayu dan orang Islam yang lain.

"Semua ini berpunca daripada jawatan Yang Dipertua (YDP) MAIPP yang tidak diisi dan menyebabkan banyak perkara tertangguh dan merugikan orang Islam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment