My Add

Monday 25 June 2012

400 belia sertai bengkel Sukarelawan Pemuda BN

KUALA LUMPUR, AHAD, 24 Jun, 2012: Seramai 400 orang belia dari seluruh negara menawarkan diri menyertai bengkel Sukarelawan Pemuda Barisan Nasional (BNYV) hari ini.

Bengkel itu bertujuan memberi pendedahan kepada belia serta persediaan membantu jentera pilihan raya BN di seluruh negara.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, BNYV bukan satu organisasi yang akan menggantikan jentera sedia ada, sebaliknya, menjadi tangan yang membantu serta menyemarakkan semangat BN dalam kalangan belia.

Menurutnya, menerusi BNYV, golongan belia akan didedahkan dengan kemahiran berkaitan kepimpinan, pengurusan majlis serta tempat untuk mereka berpolitik.

"BNYV akan menjadi ejen yang berpengaruh untuk menarik lebih ramai belia menyertai BN dengan cara yang lebih santai dan tidak terlampau formal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment