My Add

Tuesday 19 June 2012

Dua beradik cari anak angkat dilarikan bapa kandung

*HOH Lee Ming (kanan) dan Hoh Lai Yet bersama Wilson Lau Hoi Keong (kiri) menunjukkan gambar anak angkat mereka yang 'dilarikan' oleh bapa kandungnya pada sidang akhbar di Menara PGRM di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Kegembiraan dua beradik yang masih bujang menjaga anak angkat sejak tiga tahun lalu melalui detik memilukan apabila kanak-kanak itu 'dilarikan' oleh bapa kandungnya.

Hoh Lai Yet, 40, bersama kakaknya, Hoh Lee Ming, 43, memohon orang ramai untuk mencari kanak-kanak itu, Yap Venus, 4, selepas bapa kandungnya, Yap Eng Chew, 30, meminta izin membawanya keluar sejak 8 Mei lalu.

Lebih malang, kedua-dua wanita itu juga mendakwa Eng Chew membuat laporan polis yang mengatakan mereka mendera anak perempuannya itu.

Menurut Lai Yet, Yap Venus diserahkan kepada ibu saudara mereka ketika kanak-kanak itu berusia 21 bulan atas alasan ibu bapanya tidak mampu menyara kehidupannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment