My Add

Friday 22 June 2012

FGVH cadang lakukan penyusunan semula dalaman

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) merancang melakukan proses penyusunan semula dalaman bagi menyelaraskan operasinya di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Antara lain, proses itu meliputi pemindahan 100 peratus ekuiti oleh Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRT Holdings) dalam Twin Rivers Technologies Holdings Entreprises de Transformation de Graines Oléagineuses du Québec Inc (TRT Holdings ETGO Inc) kepada Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGV North America) bagi sejumlah CAD1.00.

Ia juga membabitkan penggabungan Twin Rivers Technologies US Inc (TRT US) dengan dan dalam TRT Holdings, kata CIMB dan Maybank Investment Bank bagi pihak FGVH dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Apabila penggabungan itu selesai, pemegangan saham FGV North America dalam TRT Holdings, mewakili 117,646 saham biasa Kelas A dan 80,000 saham biasa Kelas B, akan ditukar kepada saham biasa satu kelas.

Langkah lain meliputi pembatalan dan hapus kira hutang FGV North America kepada Felda Global Ventures North America US LLC (FGV US LLC) dan oleh FGV US LLC kepada TRT Holdings (sebagai pengganti menerusi penggabungan kepada TRT US) menerusi pertukaran hutang subordinat dalam TRT Holdings sebanyak US$49.7 juta kepada ekuiti.

FGV US LLC, yang ditubuhkan pada peringkat awal sebagai entiti tujuan khas bagi membiayai pinjaman kepada TRT US untuk menangani risiko menukar hutang sebagai ekuiti jika permohonan muflis diselesaikan.

Memandangkan hutang subordinat antara syarikat dilupuskan, entiti berkenaan tidak perlu terus wujud. 

Akhirnya, penstrukturan semula hutang akan ambil alih oleh TRT Holdings ETGO Inc dan Twin Rivers Technologies Entreprises de Transformation de Graines Oléagineuses du Québec Inc (TRT-ETGO Inc).

Penstrukturan semula hutang membabitkan pertukaran 73,053,223 unit saham pilihan Kelas A bernilai CAD73.05 juta sebagai pertukaran untuk 1,000 saham biasa bernilai CAD73.05 juta, selain suntikan dana oleh FGVH, menerusi FGV North America dan TRT Holdings ETGO Inc, ke dalam TRT-ETGO Inc yang kelak akan digunakan untuk menyelesaikan hutang luar TRT-ETGO Inc sebanyak CAD102 juta. 

TRT-ETGO Inc ialah anak syarikat milik penuh TRT Holdings ETGO Inc, yang seterusnya meupakan anak syarikat milik penuh TRT Holdings.

TRT US ialah anak syarikat milik penuh TRT Holdings, yang juga anak syarikat milik penuh FGV North America.

FGV North America ialah anak syarikat milik penuh Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd (FGV Downstream”), iaitu anak syarikat milik penuh FGVH; dan FGV US LLC ialah anak syarikat milik penuh FGV North America.

Objektif penyusunan dalaman yang dicadangan itu bertujuan menyelaraskan operasi di mana FGV Downstream menerusi FGV North America akan menjadi milik langsung TRT Holdings ETGO Inc menerusi langgannan 1,000 saham biasa dalam TRT Holdings ETGO Inc, dan entiti bergabung TRT US dan TRT Holdings selepas proses itu.

Penyusunan semula itu dijangka meningkatkan fleksibiliti pengurusan dari segi operasi, termasuk memudahkan penyusanan perniagaan pada masa akan datang dan pembangunan perniagaan.

Pembayaran semula hutang luar oleh TRT-ETGO Inc bertujuan mengurangkan obligasi hutang dan dijangka meletakkannya pada kedudukan kewangan yang kukuh bagi meningkatkan keuntungan dan pertumbuhan akan datang.

FGVH akan menarik balik kemudahan pinjaman sedia ada dan seterusnya melanjutkan dana itu kepada FGV North America, kata CIMB dan Maybank Investment Bank.

FGV North America akan menggunakan dana itu untuk melanggan saham-saham dalam TRT Holdings ETGO Inc.

TRT Holdings ETGO Inc seterusnya akan menggunakan dana itu untuk melanggan saham dalam TRT-ETGO Inc.

TRT-ETGO Inc akan menggunakan dana ini untuk menyelesaikan hutang luarnya sebanyak CAD102 juta, katanya.

Susulan proses ini, keuntungan tawaran awam permulaan FGVH yang kini dirancang untuk pembayaran semula pinjaman TRT-ETGO Inc, akan digunakan untuk membayat kemudahan pinjaman yang di tarik balik oleh FGVH. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment