My Add

Friday 22 June 2012

Kes bunuh pemilik butik: 2 ditahan

SUNGAI PETANI, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Polis menahan dua pengganggur bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita pemilik butik perkahwinan yang mayatnya ditemui dalam longkang di tepi Jalan Persiaran Ambangan Heights, berdekatan Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini semalam.

Kedua-dua lelaki yang berusia sekitar 20-an itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, suspek ditahan oleh sepasukan polis sekitar bandar ini lewat petang semalam.

"Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh itu. Siasatan awal dan laporan bedah siasat menunjukkan mangsa telah ditikam berdasarkan kesan yang ditemui pada bahagian leher dan dadanya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan motif kejadian berpunca daripada cemburu.

Mayat mangsa, M. Revathi, 23, pemilik Rakshata Bridal House di Taman Ria ditemui pukul 7.30 pagi oleh orang ramai dalam keadaan terlentang atas motosikal di dalam longkang sedalam kira-kira 0.5 meter yang dipenuhi semak.

Mayat wanita itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dengan kecederaan parah di leher dan dada. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment