My Add

Friday 22 June 2012

Geng Jais Beruang dan ketuanya tumpas

JASIN, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Polis menumpaskan Geng Jais Beruang yang dianggotai lima lelaki apabila berjaya menahan kesemua mereka dalam tempoh 35 jam selepas melakukan samun di sebuah rumah di Jalan Peah Said, Kampung Sungai Dua, Asahan di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Shahidi Abdullah berkata, kelima-lima lelaki termasuk ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Jais ditahan di tiga lokasi berlainan iaitu di Asahan, Tangkak Johor dan Sungai Mati, Muar dalam operasi bermula pukul 12.15 pagi semalam.

Beliau berkata, ketua kumpulan itu yang berusia 35 tahun baru dibebaskan dari penjara Simpang Renggam, Johor di bawah Ordinan Darurat Februari lepas dan kembali aktif melakukan pelbagai jenayah termasuk samun bersenjata.

"Kami percaya dengan penahanan kelima-lima lelaki berusia antara 22 dan 43 tahun itu, banyak kes jenayah di Melaka, Tangkak dan Muar dapat diselesaikan," katanya.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati tiga daripada suspek yang bekerja sebagai buruh dan pemandu lori manakala dua lagi tidak bekerja, positif dadah jenis heroin dan mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment