My Add

Friday 22 June 2012

Noraseela, Hup Wei ke Olimpik guna wild card

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mencalonkan atlet 400 meter lari berpagar, Noraseela Khalid dan atlet lompat tinggi lelaki, Lee Hup Wei ke temasya Olimpik, London melalui penyertaan wild card.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, nama dua atlet tersebut telah dihantar kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) pada 15 Jun lepas.

"KOM perlu hantar seorang lelaki dan seorang wanita bagi penyertaan wild card. Kini mereka berada di Jerman bagi menjalani latihan intensif dan menyertai kejohanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, penyertaan berdasarkan wild card itu tidak akan dilaksanakan sekiranya atlet lompat bergalah, Roslinda Samsu dan atlet 110 meter lelaki, Rayzam Shah Wan Sofian layak ke temasya Sukan Olimpik berdasarkan merit melalui penyertaan di kejohanan antarabangsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment