My Add

Thursday 14 June 2012

Ilmu mahu Pas 'cermin diri'

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, RABU, 13 Jun, 2012: Kewajipan umat Islam untuk menunaikan haji yang merupakan rukun Islam kelima adalah lebih utama kedudukannya berbanding pilihan raya seperti mana diperjuangkan oleh Pas ketika ini.

Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, perkara itu telah diputuskan melalui nas-nas serta dalil-dalil yang telah ditetapkan oleh syarak berhubung pelaksanaan ibadat haji bagi mereka yang mampu.

Katanya, tidak dinafikan memilih pemerintah melalui pilihan raya itu wajib, namun ia tidak boleh mengambil kedudukan kefarduan melaksanakan ibadat haji.

Selain itu, beliau mahu Pas cermin diri dengan pertanyaan sekiranya pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adakah mereka mampu melaksanakan Islam di negara ini?. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment