BAGAN DATOH 13 Jun - Rakyat yang sepatutnya menunaikan haji tahun ini dinasihati mengutamakan tumpuan menjalani ibadat itu dan tidak menangguhkannya semata-mata kerana Pilihan Raya Umum Ke-13.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berikutan giliran menunaikan haji yang diterima tahun ini tidak boleh diganti secara automatik kerana ia akan ‘merampas’ peluang jemaah lain mengerjakan ibadah tersebut di Tanah Suci tahun depan.
Katanya, setiap negara Islam hanya diberi kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Islam di negara berkenaan untuk mengerjakan haji.
“Ini bermakna, sesiapa yang mendaftar pada tahun ini hanya boleh menunaikan haji pada 2030. Dalam perkara ini, jangan utamakan politik sehingga mengetepikan agama.
“Jangan bercakap soal hukum sahaja bahawa haji itu boleh ditangguhkan dalam keadaan darurat tetapi dari segi politik, mereka takut kehilangan undi di kalangan jemaah bagi parti mereka," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment