My Add

Wednesday 6 June 2012

Isu PTPTN: Penasihat PKR dibidas

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Jun, 2012: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasut peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya tidak membayar semula pinjaman itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan agama.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia juga sebagai satu langkah ‘populis’ Ketua Pembangkang itu untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Dalam agama jelas mengatakan kalau sudah berhutang, kita kena bayar balik. Sudah tentu jika pinjaman itu tidak dibayar semula, akan ada implikasinya," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 di Serdang, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar menghasut peminjam supaya tidak membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dalam satu ceramah di Permatang Pauh, Sabtu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment