My Add

Tuesday 12 June 2012

'Jelaskan isu secara terbuka'

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh lari daripada tanggungjawab menjelaskan isu pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Anwar perlu menjelaskan isu itu secara terbuka jika beliau seorang pemimpin politik yang bermoral.

Tambahnya, rakyat mahu perkara itu diperjelaskan terutama sama ada segala dakwaan yang dibuat terhadapnya benar atau sebaliknya.

"Amat malang kepada penyokong PKR kerana menyokong Anwar secara membabi-buta sedangkan Anwar sekeluarga hidup senang-lenang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Syed Ali, Anwar juga perlu menyaman Abdul Murad yang bertanggungjawab mendedahkan skandal tersebut jika ia satu pembohongan.

Katanya, tindakan Anwar yang cuba mengelak menjawab pendedahan itu menunjukkan seolah-olah beliau terbabit dalam skandal tersebut.

Pada masa sama, Syed Ali turut menyifatkan Anwar kurang rasional apabila memberikan syarat supaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan harta dan aset terlebih dahulu sebelum beliau berbuat demikian.

"Abdul Murad menamakan Anwar yang memiliki aset RM3 bilion, bukannya Muhyiddin, jadi soalan itu yang harus dijawab oleh Anwar," jelasnya.

Beliau menambah, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dicabar untuk tidak berbohong berhubung dakwaan terbaru terhadap suaminya itu.

Katanya, Wan Azizah perlu menjelaskan kepada ahli-ahli PKR bahawa Anwar tidak pernah memiliki aset sebegitu besar seperti didakwa Abdul Murad.

"Saya minta Wan Azizah jelaskan secara terperinci mengenai dakwaan tersebut, jangan berbohong kerana rakyat terutamanya penyokong PKR juga inginkan kebenaran," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment