My Add

Sunday 17 June 2012

Jenayah komersial kronik

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, 201: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bimbang dengan kegiatan jenayah komersial di negara ini, berikutan statistik menunjukkan berlaku peningkatan kerugian berpunca akibat kegiatan itu dengan purata RM100 juta dilaporkan pada setiap bulan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, jenayah penipuan mencatatkan sebanyak 5,347 kes diikuti pecah amanah (1,237), jenayah siber (619), cakera padat digital dan video cakera padat (603) dan ah long (213).

Meskipun kes yang dilaporkan didapati menurun 17.6 peratus iaitu hanya 8,319 kes pada Januari hingga Mei lalu berbanding 10,100 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi jumlah kerugian dialami mangsa meningkat sebanyak 28.4 peratus.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya menerima purata 1,664 kes jenayah komersial membabitkan kerugian berjumlah kira-kira RM100 juta melibatkan mangsa rakyat tempatan dan asing berlaku di negara ini pada setiap bulan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment