My Add

Thursday 21 June 2012

Kadar faedah Malaysia masih bersesuaian

*RAJA Nazrin Shah Sultan Azlan Shah menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian kampus baru Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa sambil diperhatikan Dr. Zeti Akhtar Aziz (dua kanan ) dan Dr. Rozali Mohamed Ali (kanan) di Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, RABU,  20 Jun, 2012: Kadar faedah di negara ini masih berada pada paras yang bersesuaian bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, buat masa ini pertumbuhan domestik masih berada dalam keadaan kukuh dan kadar inflasi pula di paras yang sederhana.

"Kita akan memantau dengan teliti. Buat ketika ini, kadar faedah masih berada pada paras yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kampus baru Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (Inceif) dan Akademi Penyelidikan Syariah bagi Kewangan Islam (ISRA) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment