SHAH ALAM, SABTU, 23 Jun, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan Faekah Husin menghantar surat agar firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya dipertimbangkan menjadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Abdul Khalid mendakwa, ini kerana surat sokongan yang dihantar setiausaha politiknya itu hanyalah surat iringan untuk dipanjangkan bersama-sama permohonan yang dibuat oleh firma tersebut bagi dipertimbangkan oleh pihak PNSB.
"Ia hanya surat iringan. Jika pemohon meminta, boleh tak Menteri Besar beri surat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), saya hanya panjangkan permohonan. Bukan buat cadangan (recommendation) kepada PKNS agar pemohon diterima jadi panel.
"Terpulang kepada PKNS atau anak syarikat kerajaan negeri yang lain untuk menerima permohonan pihak pemohon tersebut," dakwanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment