My Add

Sunday 24 June 2012

Pas gagal tadbir Kelantan

*IBRAHIN Ali bersama kumpulan dikir barat membuat persembahan pada majlis bersama rakyat di Kampung Kolam, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS, SABTU, 23 Jun, 2012: Pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini termasuk dakwaan wujud skandal salah laku membabitkan pegawai kanan Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. adalah bukti jelas kegagalan Pas untuk menguruskan negeri ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, keadaan itu juga disebabkan sifat pemimpin kerajaan Pas Kelantan yang bernafsu besar walaupun menyedari mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakannya.

Beliau berkata, selagi tiada perubahan secara total dilaksanakan di negeri ini, rakyat Kelantan akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek.

"Pelbagai isu yang timbul termasuk dinar dan dirham ini menunjukkan kerajaan Pas tidak bertanggungjawab dan menunjukkan mereka tidak pandai mengurus." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment