My Add

Tuesday 19 June 2012

Khazali Ahmad terajui Jabatan Kastam Diraja

PUTRAJAYA, SELASA, 19 Jun,2012: Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Khazali Ahmad, 56, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkuat kuasa 22 Jun ini, bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang telah menamatkan perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, pelantikan Khazali dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman dan prestasi cemerlang beliau dalam bidang ekonomi, pengurusan cukai dan kewangan sepanjang kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam.

Katanya, Khazali merupakan lulusan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Central State University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang ekonomi pertanian dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

``Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah, beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) di Jabatan Kastam.

``Pengalaman yang diperolehi pastinya menjadi aset kepada beliau untuk mengetuai Jabatan Kastam dalam menuju ke tahap yang dihasratkan kerajaan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment