My Add

Sunday 24 June 2012

Kikis persepsi propembangkang

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, SABTU,23 Jun, 2012: Majlis Peguam perlu mengambil inisiatif menangkis persepsi umum bahawa badan profesional itu lebih cenderung menyokong pembangkang.

Seorang peguam, Roger Tan Kor Mee berkata, penglibatan aktif Majlis Peguam dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada April lalu menjerumuskan badan profesional itu dengan persepsi tidak sehaluan dengan kerajaan.

"Majlis Peguam perlu lebih seimbang dalam laporannya dan tidak sepatutnya dilihat sebagai pro-Bersih. Sudah tentu masalah persepsi akan timbul apabila ada ahli Majlis Peguam yang berada dalam jawatankuasa penganjur Bersih," katanya pada program forum Siri Pemikiran Kritis, Alternative Bar, Alternative Future di sini hari ini.

Forum anjuran Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan di bawah Majlis Peguam itu turut membariskan ahli-ahli panel terdiri daripada bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan; Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun serta peguam seperti Khaizan Sharizan Abdul Razak dan Abu Backer Sidek. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment