My Add

Sunday 24 June 2012

Wan Azizah, Shamsidar tidak berani jawab

KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Jun, 2012: Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Shamsidar Taharin tidak akan berani mengadakan sidang akhbar bersama bagi menjawab pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka meskipun beberapa kali didesak berbuat demikian.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullahberkata, antara dakwaan itu ialah suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang biseksual selain mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar yang merupakan isteri kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurutnya, 'kebaculan' . Wan Azizah dan Shamsidar untuk 'melayan' desakan demi desakan itu hanyalah kerana faktor politik bagi menyelamatkan hayat PKR yang kian menuju kehancuran.

"Saya jangka mereka terutama Wan Azizah malu kalau menjelaskan perkara itu. Beliau malu dari segala segi. Beliau takut kerana politik. Kalau didedahkan, sudah pasti PKR akan hilang sokongan dan menyebabkan parti terjejas," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment