My Add

Sunday, 24 June 2012

Krisis PKR perlu jadi iktibar


*AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan bantuan kepada seorang penerima pada program Gempur Kesejahteraan Rakyat di Bagan Datoh, semalam.

BAGAN DATOH, SABTU, 23 Jun, 2012: Rakyat Selangor wajar mengambil iktibar daripada krisis dalaman serius yang membelenggu pemerintahan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama hampir empat tahun sehingga menyebabkan negeri itu gagal diurus tadbir dengan baik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat perlu membuat analisis secara objektif bagaimana krisis kepimpinan PKR di negeri itu menyebabkan pelbagai kepincangan sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

''Dulu mereka (PKR) menuduh BN (Barisan Nasional), tetapi bila diberikan mandat oleh rakyat selama empat tahun, rakyat sedar bahawa apa yang dilakukan bukan bertambah baik daripada BN, sebaliknya mencerminkan kejelikan yang berlaku dalam pentadbiran mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment