My Add

Saturday, 23 June 2012

Lori tangki 'rempuh Stesen Hang Tuah'

KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Jun, 2012: Penduduk bandar raya sekitar Jalan Hang Tuah hari ini gempar apabila sebuah lori tangki minyak terbabas lalu merempuh struktur Stesen Hang Tuah dan terbabas sehingga memasuki landasan LRT Laluan Ampang berdekatan stesen itu. 

Pada masa sama, sebuah tren LRT Laluan Ampang yang sedang melintasi kawasan tersebut dihempap lori tangki minyak, menyebabkan berlakunya letupan dan kebakaran.

Sebuah tren KL Monorel dari arah Stesen Maharajalela menuju ke Stesen Hang Tuah yang sedang melintasi kawasan kemalangan turut terbakar.

Kemalangan dahsyat itu mengakibatkan sekitar ibu kota mengalami kesesakan lalu lintas sehingga menyebabkan anggota penyelamat tidak dapat sampai ke tempat kejadian dengan segera, lalu memaksa mereka menggunakan perkhidmatan tren untuk membawa anggota dan peralatan bantuan ke tempat kejadian. 

Adegan yang mencemaskan itu sebenarnya senario yang digambarkan dalam Latihan Amal Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Bersepadu "Ex-AMMOK 2012" selama dua jam awal hari ini untuk menguji tahap persediaan dan kecekapan petugas rel Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), berdepan sebarang kemungkinan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment