LONDON, SABTU, 23 Jun, 2012: Kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), akan melawat Malaysia dan Indonesia bulan depan dalam Jelajah Pra-Musim Asia, menurut penaja AirAsia.
QPR akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan di Sabah pada 17 Julai dan di Kuala Lumpur pada 20 Julai.
Ini akan diikuti perlawanan persahabatan dengan pasukan Indonesia di Surabaya pada 23 Julai.
Malaysia sudah menjadi tuan rumah kepada beberapa pasukan utama Liga Perdana Inggeris sebelum ini.
April lalu, Manchester City mengumumkan ia akan berkunjung ke Malaysia dan akan bertemu dengan pasukan tempatan pada 30 Julai.
Seminggu sebelum itu, iaitu pada 23 Julai, Arsenal akan mengadakan latihan di Kuala Lumpur, diikuti perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan pada malam berikutnya.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes, adalah pemegang saham majoriti QPR tahun lalu bersama dua rakan kongsi. - AFP
No comments:
Post a Comment