KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Kerajaan memberi jaminan segala masalah berkaitan kemudahan dan kelengkapan petugas media khususnya di lobi Parlimen akan diselesaikan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata antara masalah yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Bertindak Sementara Petugas Media di Parlimen ialah kekurangan ruang kerja sehingga menyukarkan mereka memproses berita, gambar dan video.
"Jawatankuasa itu turut menyatakan bahawa petugas media terpaksa duduk di atas lantai disebabkan kekurangan tempat duduk malah kemudahan soket elektrik juga amat terhad.
"Saya meneliti segala masalah yang dibangkitkan oleh jawatankuasa itu dan mereka juga turut mengemukakan cadangan untuk mengatasinya..., saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, wakil jawatankuasa itu, Hazlan Zakaria menyerahkan memorandum tiga muka surat kepada Mohamed Nazri di bangunan Parlimen.
No comments:
Post a Comment