My Add

Thursday 21 June 2012

Maznah gesa majikan guna khidmat pengawal keselamatan

*MAZNAH Mazlan menyerahkan cek faedah hilang upaya sementara kepada jurutol PLUS Berhad, Mohd Haffiz Zamri di Hospital Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Majikan hendaklah menggunakan khidmat pengawal keselamatan bersenjata dan terlatih bagi mengelak kejadian rompakan berlaku ketika urusan penghantaran wang, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan. 

"Majikan juga tidak harus meletakkan tanggungjawab (menghantar wang ke pejabat) kepada pekerja biasa," katanya kepada pemberita pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, hari ini.

Terdahulu Maznah menziarahi dan menyampaikan cek faedah hilang upaya kepada Mohd Haffiz Zamri, jurutol yang menjadi mangsa rompakan bersenjata.
Mohd Haffiz, 26, selesai menjalani pembedahan memotong kaki kanannya di HKL Jumaat lalu. 

Pada Khamis lalu, Mohd Haffiz dan rakannya, Nurijah Rosli, 24, kedua-duanya jurutol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), cedera selepas ditembak sebelum disamun RM2,000 oleh sekumpulan perompak, ketika dalam perjalanan menghantar wang kutipan tol ke pejabat syarikat itu di Plaza Tol Seremban. 

Sementara itu, Maznah yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata, majlis itu akan bersidang pada 2 Julai bagi membincangkan garis panduan penghantaran wang ke bank yang perlu dipatuhi majikan. 

"Satu garis panduan akan dibuat bagi menentukan prosedur operasi standard (SOP) pemindahan wang kutipan yang perlu dipatuhi majikan negara ini bagi mengelak rompakan," katanya.

No comments:

Post a Comment