My Add

Thursday 21 June 2012

Queensland larang import nanas Malaysia

MELBOURNE, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Penanam nanas Queensland memerlukan perlindungan daripada import Malaysia yang mereka dakwa boleh membawa makhluk perosak dan penyakit, kata menteri pertanian negeri Australia, hari ini. 

Jabatan Pertanian Persekutuan belum membuat keputusan tentang permohonan Malaysia untuk mengeksport nanas ke Australia.

Menteri Pertanian Queensland, John McVeigh berkata, import itu boleh mendatangkan risiko kepada industri nanas Queensland disebabkan oleh penyakit eksotik.

"Kerajaan Buruh (Julia) Gillard menghadapi risiko menghapuskan industri serantau utama di Queensland itu semata-mata kerana dasar-dasar perdagangan pintu terbukanya. 

"Ini adalah keputusan kerajaan yang malas dan ahli birokrat yang tidak terkenal, yang boleh menghapuskan industri nanas kita," katanya dalam satu kenyataan. 

Queensland adalah negeri pengeluar nanas utama Australia sejak 100 tahun lalu. 

Industri bernilai A$80 juta itu mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan di ladang di Queensland dan melalui rantaian bekalan ketika musim kemuncak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment