SINGAPURA, SABTU, 23 Jun, 2012: Measat Satellite Systems Sdn Bhd (Measat) merancang untuk melancarkan tiga satelit dalam masa dua tahun akan datang untuk memberikan pelanggannya penyelesaian satelit inovatif dan terbaik pada kelasnya.
Naib Presiden Kanan Pembangunan Sistem Angkasa, Dr Ali R Ebadi, berkata pelancaran tiga satelit, AFRICASAT-1a dijadualkan pada Februari tahun depan, MEASAT-3b pada akhir 2013 dan MEASAT-3C pada 2014.
"Kami berterusan melabur dalam kapasiti satelit untuk menampung keperluang pelanggan yang kian meningkat terutamanya untuk perkhidmatan terus ke rumah," katanya dalam satu wawancara.
Dr Ali berkata, AFRICASAT-1a adalah penggantian satelit sedia ada dalam usahasama dengan Kementerian Komunikasi dan Penerangan.
Measat mengembangkan jaringan satelit ke Afrika pada awal 2008 dengan tempahan satelit AFRICASAT-1, yang sebelum ini dikenali sebagai MEASAT-1.
Mengenai MEASAT-3b, Dr Ali berkata Measat kini pada peringkat akhir rundingan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai komunikasi mudah alih yang direka khas bersama dengan perkhidmatan penyiaran DTH untuk liputan Malaysia, India dan Indonesia.
"Satelit ini akan meningkatkan pengembangan perniagaan Astro di Malaysia, termasuk lain-lain perkhidmatan seperti gerbang pelajaran dalam talian School.net untuk sekolah rendah dan perkhidmatan jalur lebar.
Astro adalah jenama syarikat perkhidmatan televisyen berbayar satelit jalur lebar terus Malaysia.
MEASAT-3b dibina oleh Astrium, satu unit aeroangkasa European Aeronautic Defence and Space Company (EADS), menggunakan platform Eurostar E3000 yang akan diletakkan dengan satelit MEASAT-3 dan MEASAT-3a.
Antena satelit dibuat di Stevenage sementara bahagian telekomunikasi di buat di Portsmouth, kedua-duanya di UK.
Sebaik sahaja siap, ia akan dipindahkan dan diintergrasikan di Toulouse, Perancis, di mana semua bahagian elektrik dikilangkan sebelum dilancarkan ke orbit daripada Pusat Angkasa Guianadi Perancis .
Kos satelit MEASAT-3b, termasuk perlindungan insurans adalah AS$350 juta, yang dibiaya oleh gabungan ekuiti dan pinjaman bank.
"Kami juga dalam rundingan dengan rakan konsi untuk satu lagi satelit dipanggil MEASAT-3C yang juga akan memberikan kapasiti dan akan dilancarkan menjelang akhir 2014", katanya.
Dr Ali berkata, ketiga-tiga satelit itu akan dilancarkan oleh Arianespace, syarikat perkhidmatan pelancaran dan penyelesaian utama dunia, yang mempunyai rekod 48 pelancaran berjaya berturut-turut, dengan sembilan tahun tanpa kegagalan.
Arianespace, dengan perolehan tahunan lebih 1.0 bilion euro, sudah memenangi lebih setengah kontrak pelancaran komersial yang dibuka untuk bidaan setiap tahun.
Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jean-Yves Le Gall menjangka perolehan tahun ini melebihi 1.0 bilion euro. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment