My Add

Thursday 14 June 2012

Nenek, dua cucu mati berpelukan

Oleh ZAAIN ZIN
KOTA SAMARAHAN, RABU, 13 Jun, 2012: Tindakan nekad seorang nenek cuba menyelamatkan dua cucunya selepas terperangkap dalam kebakaran berakhir dengan tragedi apabila ketiga-tiga mereka ditemui rentung di sebuah rumah di Kampung Rambus dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang, Uka Jenal, 54, ditemui mati sambil memeluk Kristino Ronaldo Keagan, 6, dan Wayne Rooney Austin, 4, dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah itu.

Difahamkan, Uka sempat membawa turun dan menyerahkan seorang lagi cucunya, Bryan Ferdinand Frederick yang berusia setahun kepada suaminya sebelum naik semula ke atas untuk mendapatkan dua lagi cucu lelakinya.

Suaminya, Tahir Sabar, 57, pula dikatakan panik dan dalam keadaan kelam-kabut, dia cuba menyelamatkan harta-benda sehingga tidak sedar isterinya serta dua cucu mereka masih terperangkap di tingkat atas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment