My Add

Thursday 14 June 2012

Pelajar Melayu terima pinjaman tabung MCA

*LOH Seng Kok menyampaikan Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA sebanyak RM50,000 kepada Shuhana Ahmad untuk menampung yuran pengajian anaknya sambil diperhatikan Lim Fui Ming di Seremban, semalam. - BERNAMA

SEREMBAN 13 Jun - Kebimbangan seorang ibu mengenai bayaran yuran pengajian anaknya yang menuntut di Universiti Zagazig, Mesir berakhir hari ini apabila menerima pinjaman daripada tabung Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA.

Shuhana Ahmad, 52, berkata, yuran pengajian anaknya, Nor Izzah Mohamed Fuzi, 20, yang berada di tahun dua pengajian perubatan di universiti berkenaan perlu dijelaskan bulan depan jika tidak mahu keputusan peperiksaannya ditahan oleh pihak universiti.

Pembantu Tadbir di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) itu berkata, anaknya itu cuba memohon pinjaman beberapa institusi kerajaan sejak tahun pertama pengajiannya tetapi gagal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment