My Add

Monday 18 June 2012

Nik Aziz kecewa unsur Syiah di Ekspo Islam

Nik Abdul Aziz

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
KOTA BHARU, ISNIN, 18 Jun, 2012: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kecewa dengan sikap segelintir peserta dari negara luar yang membawa masuk bahan-bahan berunsurkan Syiah untuk dipamerkan pada Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012, yang sedang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan tersebut tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang kepada Sunnah Wal Jamaah.

“Saya mengarahkan agar pihak urusetia mamastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkarta ini tidak berulang.

“Saya meramkamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera dalam memaklumkan perkara ini kepda pihak berkuasa urusetia khususunya serta pihak kerajaan untuk tindakan, pada saya, urusan akidah pekara yang tiada tolak ansur,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ekspo itu, yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun, turut disertai 10 negara termasuk dari Iran.

Difahamkan unsur Syiah tersebut dipamerkan melalui tulisan khat dan bahan video. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment